Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

SOP Pembukaan Pasar, Kedai Gunting Rambut dan Salun Diperhalusi

By 10 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)/Pejabat Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka masih memperhalusi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang di tetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan pada 6 Jun 2020 berhubung pembukaan salun dan kedai gunting rambut pada 10 Jun 2020 serta pembukaan pasar terbuka pada 15 Jun 2020.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berkata satu taklimat MKN Negeri Melaka kepada Ketua Menteri Melaka serta Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 Negeri Melaka akan diadakan untuk memperhalusi SOP tersebut sebelum satu kenyataan rasmi akan di umumkan selepas itu.

“Kerajaan Negeri Melaka amat mendengar akan keluh kesah rakyat yang terjejas dengan pandemik COVID-19 terutama mereka yang kehilangan pendapatan termasuk peniaga pasar malam, pasar pagi, bazaria, kedai gunting rambut dan salun.

“Sebagai sebuah negeri yang berasaskan pelancongan, pihak kerajaan perlu lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan demi kepentingan semua pihak.

“Kerajaan Negeri Melaka berharap semua pihak dapat bersabar kerana sebarang keputusan yang akan dibuat kelak mengambil kira kepentingan semua pihak sama ada golongan peniaga yang terjejas serta masa hadapan ekonomi negeri Melaka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda