Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

WANCorp Bantu 277 Keluarga Mangsa Banjir

By 10 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)/Johor Corporation

JOHOR BAHRU, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) menyalurkan bantuan makanan kepada 277 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Plentong, Johor Bahru dan Batu Pahat baharu-baharu ini.

Menurut Ketua Eksekutif WANCorp Bukhari Abdul Rahman, sumbangan yang diserahkan menerusi anggota Pasukan Briged Waqaf itu sebagai tanda keprihatinan WANCorp dan Johor Corporation (JCorp) dalam membantu meringankan beban penduduk yang terlibat.

“Sumbangan berupa bekalan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu dan keperluan lain diserahkan kepada 14 buah keluarga yang terlibat di Taman Johor Jaya 3 dan 30 keluarga di Kampung Saujana Baru.

Banjir yang berlaku di empat kawasan sekitar Johor Bahru dan Batu Pahat baharu-baharu ini memberi kesan kepada 277 buah keluarga.

Banjir yang berlaku di empat kawasan sekitar Johor Bahru dan Batu Pahat baharu-baharu ini memberi kesan kepada 277 buah keluarga.

“Bantuan juga turut disalurkan kepada 230 keluarga di Kampung Plentong Baru Johor Bahru serta tiga buah keluarga di Taman Batu Pahat,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini semalam.

Tambah beliau, ketika negara masih dalam proses pemulihan akibat penularan pandemik COVID-19, bencana banjir yang berlaku di empat kawasan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.

“Di atas kesedaran ini, WANCorp tampil memberi sumbangan bagi meringankan lagi beban mereka,” ujarnya.

Sumbangan yang diserahkan sebagai tanda keprihatinan WANCorp dan Johor Corporation bagi membantu meringankan beban penduduk terlibat - Ketua Eksekutif WANCorp, Bukhari Abdul Rahman

Sumbangan yang diserahkan sebagai tanda keprihatinan WANCorp dan Johor Corporation bagi membantu meringankan beban penduduk terlibat – Ketua Eksekutif WANCorp, Bukhari Abdul Rahman

Bukhari memaklumkan, sumbangan diserahkan secara berasingan kepada wakil-wakil penduduk yang terlibat bermula 4 Jun yang lalu.

Penghulu Mukim Plentong Mohd Nurulfaiz Aman berkata, WANCorp merupakan organisasi terawal menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada WANCorp di atas sumbangan dan keprihatinan mereka dalam meringankan lagi beban mangsa banjir,” ujarnya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda