Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Unit Bantuan Guaman Ditubuhkan Bantu B40 dan M40 Indera Mahkota

By 14 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Kuantan)

KUANTAN, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Unit Bantuan Guaman bagi membantu golongan M40 dan B40 mendapatkan khidmat nasihat guaman atau undang-undang secara percuma ditubuhkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan unit ini ditubuhkan bagi memberi ruang dan peluang kepada masyarakat di parlimen Indera Mahkota mendapatkan akses dan peluang khidmat nasihat guaman secara percuma tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan selain mewujudkan jaringan pengamal-pengamal guaman bersama kepimpinan masyarakat.

Tambah beliau unit ini diketuai oleh peguam, Abdul Razak Ahmad selain beberapa peguam lain yang menawarkan perkhidmatan secara sukarela.

Datuk Saifuddin Abdullah turut memaklumkan antara kes yang boleh mendapatkan khidmat bantuan ini ialah jenayah, syariah, sewa beli, pembubaran perkahwinan, kontrak, koperasi dan lain-lain kes atas budi bicara.

Manakala kes seperti fitnah, jual beli rumah, tuntutan bank atau institusi kewangan, kebankrapan, penggulungan, pusaka, undang-undang syarikat dan undang-undang komersil kecuali sewa beli dan pencerobohan tanah tidak termasuk dalam kategori boleh menerima perkhidmatan itu ujar beliau selepas mengadakan pertemuan dengan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di RTM Pahang, kelmarin.

Datuk Saifuddin Abdullah semasa sidang media menerangkan tentang unit bantuan guaman.

Datuk Saifuddin Abdullah semasa sidang media menerangkan tentang unit bantuan guaman.

-KN

Tinggalkan komen anda