Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Amaran Ribut Petir di Beberapa Kawasan Seluruh Negara

By 31 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seluruh negara sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kawasan yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala  Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.

Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Limbang di Sarawak, dan Labuan.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat di Sabah, Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort), Tawau, Sandakan dan Kudat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda