Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Guna Istilah Penjarakan Fizikal untuk COVID-19

By 31 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA, 31 Jul (Malaysiaaktif) РKementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal.

Penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baharu.

Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal,” menurut KKM menerusi Twitter.

Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setakat semalam, terdapat lapan kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 8,964 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 223 kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda