
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Air Selangor
SHAH ALAM, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air semua kawasan di lima wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Air Selangor, Elina Basri, berkata gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
“Air Selangor ingin terima kasih atas kerjasama baik daripada para pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.
“Air Selangor menyarankan para pengguna memuat turun apalikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Appstore untuk info terkini bekalan air,”
“Pengguna juga boleh merujuk facebook, Twitter dan Instgram air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menasihatkan agar pengguna menggunakan air secara berhemat.
Terdahulu, Air Selangor memaklumkan sebanyak 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 14 Julai lalu.
Pelaksanaan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di LRA SSP3 ini bagi membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap dan memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
-NAZ