
Foto: Infografik Jabatan Penerangan
PUTRAJAYA, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilahĀ penjarakan sosialĀ yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 kiniĀ ditukarĀ kepada penjarakan fizikal.
Penggunaan istilah penjarakan fizikalĀ merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaanĀ baharu.
Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal,” menurut KKM menerusi Twitter.
Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
Setakat semalam, terdapat lapan kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 8,964 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyakĀ 223 kes.
— BERNAMA