Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lagi PATI Warga Indonesia Dicekup di Johor

By 12 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/ATM

PUTRAJAYA, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia berusia sekitar 23 hingga 40 tahun dicekup pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) awal pagi tadi.

Pasukan bertindak hasil maklumat dari Sistem Pengawasan Radar Kenderaan Perisai GEMPITA oleh Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) yang telah mengesan sebuah bot menghampiri Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi, Johor.

“Satu kumpulan dari 61 RAD dari Pos Tanjung Sepang telah digerakkan membuat rondaan keselamatan di sekitar Kampung Punggai telah terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan di jarak 50 meter dari pantai dipercayai untuk membawa PATI.

Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut.

Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan telah berjaya menahan lima PATI yang masih bersembunyi di dalam semak sekitar kawasan tersebut dipercayai sedang menunggu untuk menaiki bot dan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM12 ribu ringgit yang melibatkan tujuh buah telefon bimbit serta wang tunai RM1,550 dan IDR 21 Juta (RM6,236),” menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), hari ini.

Kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19 dan usaha menjejaki diteruskan dengan bantuan Tim Dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Terdahulu Pasukan 61 RAD turut menahan tujuh PATI warga Indonesia yang dipercayai cuba untuk keluar dari negara ini di Teluk Ramunia, Johor, Rabu lalu.

-SH

Tinggalkan komen anda