
PUTRAJAYA, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Operasi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul, di Kuala Lumpur dihentikan sementara bermula 27 Julai hingga 31 Ogos.
Menurut JPN dalam satu kenyataan semalam, pejabat tersebut ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penggantian alat pendingin hawa.
Pelanggan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Kuala Lumpur di talian 03-6205 7600 atau emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut.
— BERNAMA