
Laporan/foto: Haniza Harun/FB Kerajaan Negeri Melaka,FB Fairuzan Abdul Majid
MELAKA, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada 7,553 penjawat awam di negeri ini pada Majlis Amanat Ketua Menteri ‘Menuju Melakaku Maju Jaya’ bersama 200 pegawai kanan kerajaan, ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) baru-baru ini.
“Pemberian khas ini adalah bagi menghargai jasa dan penat lelah penjawat awam khususnya kumpulan barisan hadapan yang telah bekorban dalam menghadapi cabaran pendemik Covid-19 serta memudahkan urusan rakyat Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
“Bantuan ini akan dibayar pada akhir bulan Julai sebagai persediaan menyambut hari raya korban nanti,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.
Menurut seorang Penjawat Awam Negeri Melaka, Fairuzan Abdul Majid “sebagai penjawat awam, saya amat menyambut baik pengumuman pemberian bantuan khas tersebut sebagai salah satu penghargaan kepada penjawat awam yang terus memberi sokongan dan perkhidmatan kepada kerajaan yang memerintah.
“Dengan adanya bantuan ini, dapatlah juga saya gunakan untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba nanti,” ujarnya.
-KN