Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Persatuan Nelayan Perkukuh Pemasaran Ternakan Akuakultur

By 5 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto:Ā Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

PUTRAJAYA, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Persatuan nelayan di negara ini mampu memainkan peranan pentingĀ dalam usaha mengukuhkan pemasaran untuk projek-projek ternakan akuakultur yang dilihat mampu menjana keuntungan tinggi buat pengusahanya.

Ketua PengarahĀ Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)Ā Othman Abdul Latiff berkata contohnya Projek Ternakan Udang Harimau di Sebatu di sini mampu menjana hasil memberangsangkan sebanyak 222 tan metrik dengan anggaran nilai RM6.9 juta dengan pemasaran berkesan sejak tahun 2018 hingga pertengahan tahun ini.

Katanya, projek itu dilaksana LKIMĀ dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan, Persatuan Nelayan Negeri Melaka dan Persatuan Nelayan Kawasan SebatuĀ berkeluasan 98.86 hektar di bawah Projek Berimpak Tinggi Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA).

“Jenis udang harimau (penaeus monodon) yang diternak di kolam air payau ini mempunyai daya ketahanan tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat iaitu tempoh tuaian hasil antara 120 hingga 180 hari dengan purata harga jualan RM35 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada harga pasaran semasa.

“Udang harimau ini turut dijual dalamĀ talian bagi pengguna Lembah Klang melalui platform www.nekmatbiz.com.my selain e-Dagang bagi memaksimumkan rantaian bekalan dan pemasaran makanan seterusnya memenuhi permintaan hasil perikanan seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri Pertanian dan Industri MakananĀ Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah melawat projek ternakan udang harimau di Melaka.

Othman berkata terdapat enam lagi projek akuakultur seumpama projek ituĀ dengan pelbagai jenis ternakan seperti udang putih (Vannamei), ikan kerapu hibrid danĀ ikan tilapia merah yangĀ diusahakan di Badong, Pahang; Telaga Air, Sarawak; Langkawi dan Pantai Merdeka, Kedah.

Beliau berkata projek seumpamaĀ itu juga penting dalam usaha memberikan pelbagai variasi pendapatan kepada nelayan dan tidak bergantung kepada pendaratan ikan semata-mata.

Sementara itu, KiandeeĀ berkata projek ternakan akuakultur seumpama itu perlu diperkasa dan diperluaskan di kawasan lain di seluruh negara supaya ia mampu menyumbang kepada pengeluaran sumber makanan laut selain meningkatkan sosioekonomi nelayan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda