Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sanitasi Awam Pasca Banjir di Rantau

By 16 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Beberapa kawasan rendah di daerah ini telah dinaiki air antaranya Kampung Sega Hilir dan Kampung Sega Hulu, Rantau akibat hujan lebat yang melanda sejak Isnin lalu.

Sebanyak 24 orang mangsa daripada lima buah keluarga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Sega, Rantau telah dibenarkan pulang dan mula membersihkan kediaman masing-masing.

Pegawai Pengurus Task Sanitasi Daerah Seremban, Gunalan Manickam mengetuai operasi sanitasi yang meliputi pengesanan pembiakkan nyamuk, kehadiran tikus dan lalat, selain menjalankan pembersihan dan sanitasi di kawasan selepas banjir.

Menurut Manickam, orang ramai yang tinggal di kawasan terjejas atau berisiko banjir supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal.

Petugas kesihatan sedang melakukan proses sanitasi di salah sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS), di sini kelmarin.

Petugas kesihatan sedang melakukan proses sanitasi di salah sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS), di sini kelmarin.

“Perkara ini dapat mengelakkan sebarang kesulitan dan berlakunya kemalangan serta kehilangan jiwa. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak memakan makanan yang tidak dimasak dan hanya minum air yang dimasak atau air botol mineral sahaja apabila berlakunya kejadian banjir sebegini.

“Petugas Unit Vektor telah membuat tinjuan berkala setiap empat jam dan telah melakukan sanitasi pembersihan di tempat kejadian sejurus mendapati keadaan banjir sudah mula surut, dan kita akan terus memantau untuk memastikan tiada penyakit akibat pencemaran akan timbul seperti tifoid dan leptospirosis selepas kejadian banjir sebegini,” katanya.

Hujan lebat berterusan sejak jam tiga pagi kelmarin telah menyebabkan air Sungai Simen melimpah dan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pelbagai agensi terlibat dalam operasi pembersihan ini antaranya Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

-SH

Tinggalkan komen anda