
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan 11 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 10 kes import dan satu kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikanĀ jumlah terkumpul kes positif di Malaysia setakat ini sebanyakĀ 9,317 kes sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pada masa ini sebanyak 154 kes.
āDaripada 10 kes import itu, enam merupakan rakyat Malaysia dan empat lagi adalah warga asing,ā katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian COVID-19.
Katanya lapan kes import tersebut dari India (7Ā kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan 1Ā di Selangor)Ā serta masing-masing satu dari Indonesia (dilaporkan di Selangor) dan Qatar (dikesanĀ di Kuala Lumpur).
Kes tunggal penularan tempatan pula melibatkan rakyat Malaysia di Sarawak yang dikesan melalui saringan prapembedahan di Hospital Umum Sarawak, katanya.
Dr Noor Hisham berkata bagi tempoh sama hingga 12 tengah hari semalam, terdapatĀ lapan kes pulih menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 seramaiĀ Ā 9,038Ā kes atau 97Ā peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
āHingga kiniĀ terdapatĀ lapan kesĀ positif COVID-19 yang sedangĀ dirawat di unit rawatan rapi dengan enam memerlukan bantuan pernafasan.
āTiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini danĀ jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyakĀ 125 kesĀ (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),ā katanya.
SementaraĀ itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM)Ā telah menjalankan siasatanĀ mengenai kes positif COVID-19 dalam kalangan anggota di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka selepas tiga kes dikesan di hospital berkenaan.
āBerdasarkan maklumat yang diperoleh, pihak Angkatan Tentera Kem Terendak bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah membuat penilaian risiko ke atas anggota,ā katanya.
Beliau berkataĀ setakat hari semalam (29 Ogos), seramai 109 orang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif tersebut dan mereka telah disaring dan kini menunggu keputusan ujian COVID-19.
āSurat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah diberikan kepada kontak rapat.Ā Bagi individu yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan teruk, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi dan rawatan lanjut,ā katanya.
Beliau berkata saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan masih diteruskan serta situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
— BERNAMA