Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

IOW Merdeka: 32 Buah Masjid Terima Sumbangan

By 5 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/ Salawaty Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shahbudin Yahaya, menyifatkan pendekatan Program ‘Info on Wheels Merdeka (IoW) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia amat bersesuaian dan memberi maklumat berguna terus kepada masyarakat dalam menyemarakkan lagi Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

“Semua golongan lapisan masyarakat perlu menyemarakkan semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam diri dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing sebagai tanda cintakan kepada negara,” katanya sempena Majlis Penyampaian Sumbangan kepada masjid-masjid bagi Parlimen Tasek Gelugor, di sini baru-baru ini.

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid-masjid dalam Parlimen Tasek Gelugor yang telah di sempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek, Shahbudin Yahaya.

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid-masjid dalam Parlimen Tasek Gelugor yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek, Shahbudin Yahaya.

Pada majlis tersebut yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan Norhafizah Othman, Shahbudin telah menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 bagi setiap masjid berserta 10 keping kupon daging korban dan Jalur Gemilang untuk dihias pada masjid sempena menyambut bulan kebangsaan yang ke-63 tahun ini.

Sumbangan disampaikan oleh Shahbudin Yahaya (Dua dari kiri).

Sumbangan disampaikan oleh Shahbudin Yahaya (Dua dari kiri).

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Utara, Nurazreen Abd Rahman, melalui pendekatan IoW Merdeka ini, diharapkan ia dapat mengelorakan semangat cintakan negara.

“Pihak Jabatan Penerangan juga giat melakukan hebahan bermaklumat mengenai COVID-19, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang sedang berlangsung dari 7 Julai hingga 24 Oktober 2020 kepada orang awam.

Hebahan IOW Merdeka turut dijalankan di lokasi program.

Hebahan IOW Merdeka turut dijalankan di lokasi program.

“Edaran risalah dan bahan bacaan yang mengandungi maklumat-maklumat terkini dasar-dasar kerajaan turut diedarkan dalam membantu masyarakat mendapatkan informasi yang sahih,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda