Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pengeluaran Kad UNHCR di Malaysia akan Dilihat Semula

By 5 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Astro Awani

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan melihat semula pengeluaran kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di negara ini sebelum memutuskan sebarang tindakan susulan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata kajian dan pertimbangan berhubung isu itu akan diserah kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya.

“Sepatutnya ia (kedudukan mereka yang memiliki kad UNHCR) berada pada keadaan statik namun lama-kelamaan bilangan pemegang kad UNCHR ini semakin meningkat yang menimbulkan masalah dalam negara kita.

“Kedudukan mereka yang memiliki kad UNHCR ini sesuatu yang kita sendiri pun tidak faham kerana sepatutnya angka pemegang kad UNCHR tidak berganjak mahupun kekal,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab persoalan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang bangun mencelah penggulungan oleh menteri itu, berhubung fungsi UNHCR di Malaysia sehingga menyaksikan bilangan individu yang ramai memohon kad pelarian UNCHR yang dikeluarkan di pejabat UNCHR di Jalan Bellamy, di Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda