
Foto: Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha menambah baikĀ komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021ā2025), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkataĀ pelan itu akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggiĀ serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.
āJENDELA akan dilaksanakan secara berfasa iaituĀ Fasa 1 yang bermula sekarang akan melibatkan perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk.
āSelain itu ia juga akan mempertingkatĀ kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25 megabait sesaat (Mbps) kepada 35 MbpsĀ sekali gus membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabait,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata pelan itu juga akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat hingga akhir 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G.
Sementara itu, katanya Fasa 2 yang melibatkan peralihan kepada 5G akan menyusul selepas platform yang kukuh dalam Fasa 1 dapat dicapai, selaras dengan perancangan Rancangan Malaysia ke-12.
Pada masa yang sama Muhyiddin berkata rakyat Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan menerima manfaat daripada pelaksanaanĀ JENDELA itu.
Di Sabah, katanya 382 menara komunikasi baharu sedang dirancang untuk dibina, manakala 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia juga akan dinaik taraf di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
Selain itu, 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada juga akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G dan 251,166 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik, katanya.
āTurut diberi perhatian ialah rakyat Sarawak apabila 636 menara komunikasi baharu juga sedang dirancang dan 977 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program PPS,ā kata perdana menteri.
Katanya selain itu, Ā 49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial sementaraĀ 43,013 premis akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.
Perdana menteri menjelaskan pelan tindakan itu akan menyediakan akses kepada pengguna untuk menilai liputan danĀ kualiti perkhidmatanĀ bagi membolehkan perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudah cara supaya perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada pengguna pada kadar lebih segera.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihakĀ termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, kementerian dan agensi berkaitan supaya terus memberikan kerjasama bagi menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikanĀ perkhidmatan komunikasi sebagai kemudahan asas bagi memacu negara ke arah ekonomi digital.
Muhyiddin turut memberi jaminan pelan tindakan JENDELA ituĀ akan dipantau dengan rapi bagi memastikan pelaksanaan yang baik di seluruh negara.
āSaya percaya akan kewibawaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Ā bagi memastikan pembekal perkhidmatan melaksanakan JENDELA seperti yang dirancang,ā katanya.
— BERNAMA