Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jangan Gagal Didik Generasi Sekarang Erti Kemerdekaan

By 30 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Saberiya Patiroi (Kota Kinabalu)

RANAU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Generasi muda dewasa ini dilihat semakin melupakan erti kemerdekaan yang telah digapai dan dipertahankan oleh generasi terdahulu kerana leka dengan nikmat permodenan yang ada.

Menurut Poil Guruak, 71, anak jati kelahiran Ranau, anak muda sekarang dilihat kurang menjiwai semangat kemerdekaan yang telah dicanang sehingga ke hari ini, mereka harus perkukuhkan nilai patriotisme dalam diri kerana beliau yakin semua orang mesti sayang akan negara mereka.

“Saya berpendapat golongan muda harus didekati dan diasuh dalam memupuk semangat sayangkan negara dengan kaedah dan cara lain bagi mendekati jiwa mereka.

Poil berkongsikan  pengalamannya menyambut kemerdekaan pada zamannya muda dahulu.

Poil berkongsikan pengalamannya menyambut kemerdekaan pada zamannya muda dahulu.

“Jika dahulu kita sering melihat kibaran bendera apabila tibanya Bulan Kebangsaan, namun pada pendapat saya semangat patriotisme tidak hanya dizahirkan melalui kibaran bendera semata-mata, tetapi pelbagai cara dan bentuk boleh kita dilakukan terutama untuk menarik minat mereka.

“Kita tidak boleh gagal dalam mendidik generasi sekarang tentang makna kemerdekaan, mereka perlu bantuan dan dorongan,” katanya yang ditemui sempena Program Merdeka@Komuniti, di sini baru-baru ini.

Manakala Evlyna Robery, 20, pelajar salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta berkata, golongan muda sememangnya kurang mengibarkan Jalur Gemilang, akan tetapi mereka lebih mengekspresikan semangat patriotik dalam media sosial.

Golongan muda lebih mengekspresikan semangat patriotik melalui platform media sosial - Evlyna.

Golongan muda lebih mengekspresikan semangat patriotik melalui platform media sosial – Evlyna.

“Golongan muda seperti kami harus menterjemah semangat kecintaan tersebut dalam bentuk tindakan seperti tidak melakukan vandalisme dan patuh kepada perintah kerajaan dan bukannya dengan hanya mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata.

“Erti kemerdekaan adalah berbeza pada setiap individu, justeru masing-masing mempunyai ideologi untuk menyambutnya dengan cara yang tersendiri tetapi bermakna,” jelasnya.

Tambah Evlyna, semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam membina generasi yang berkualiti dan faham tentang kemerdekaan itu dengan mendalam kerana jasa pejuang terdahulu tiada tolok bandingannya.

-SH

Tinggalkan komen anda