
Laporan/foto: Nur Farhana Azman (MelakaTengah)/FB Kerajaan Negeri Melaka
MELAKA, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 140 orang guru cemerlang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di seluruh negeri Melaka serta 38 orang pesara guru telah diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang.
Jumlah keseluruhan guru Sekokah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di negeri ini yang telah menabur jasa dan bakti adalah seramai 2039 orang.
Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi Noor Effandi Ahmad, kerajaan negeri akan berusaha memartabatkan guru-guru SRA JAIM ke satu tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.
“APC merupakan satu bentuk penghargaan jabatan dan kerajaan Negeri Melaka atas prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua penerima dan mampu menyuntik semangat dan motivasi kepada kakitangan lain untuk turut cemerlang berbakti dalam bidang pendidikan.
“Para guru diminta untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan mengamalkan sikap profesionalisme semasa melaksanakan tugas mendidik anak bangsa agar dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negeri ini sehingga ke peringkat antarabangsa selari dengan slogan kata, āMelakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Duniaā,” ujarnya.
-KN