Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

20 Kes Baharu COVID-19, 17 Kes Penularan Tempatan

By 20 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20 kes baharu melibatkan 17 kes penularan tempatan dan satu kematian dilaporkan di Kedah semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 10,167 kes dengan 130 kematian, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 722.

Bagi 17 kes penularan tempatan, 14 kes melibatkan warga tempatan dan tiga kes bukan warganegara, katanya.

Sebanyak sembilan kes dicatatkan di Kedah termasuk lapan kes daripada Kluster Sungai dan satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah manakala lapan kes dicatatkan di Sabah.

“Tiga kes saringan rujukan ke Hospital Tawau dari Hospital Semporna yang melibatkan dua bukan warganegara; satu kes SARI di Hospital Tawau; satu kes saringan prapembedahan di Hospital Keningau; satu kes saringan komuniti di Tawau; satu kes daripada Kluster Benteng LD; dan satu kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan bukan warganegara, iaitu kluster baharu di Semporna.

“Daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, tiga adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warga tempatan dan satu bukan warganegara dari New Zealand (satu kes di Selangor); Qatar (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan India (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur),” katanya dalam kenyataan semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda