Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

20 Kes Baharu COVID-19, 17 Kes Penularan Tempatan

By 20 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20 kes baharuĀ melibatkan 17 kes penularan tempatanĀ dan satu kematian dilaporkanĀ di Kedah semalam, menurutĀ Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

BeliauĀ berkataĀ perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 10,167Ā kes dengan 130 kematian, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 722.

BagiĀ 17 kes penularan tempatan, 14 kes melibatkan warga tempatanĀ dan tiga kes bukan warganegara, katanya.

Sebanyak sembilan kes dicatatkan di KedahĀ termasuk lapan kes daripada Kluster Sungai dan satu kesĀ Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Sultanah BahiyahĀ manakala lapan kes dicatatkan di Sabah.

ā€œTiga kes saringan rujukan ke Hospital Tawau dari Hospital Semporna yang melibatkan dua bukan warganegara; satu kes SARIĀ di Hospital Tawau; satu kes saringan prapembedahan di Hospital Keningau; satu kes saringan komuniti di Tawau; satu kes daripada Kluster Benteng LD; danĀ satu kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan bukan warganegara, iaitu kluster baharu di Semporna.

ā€œDaripada 20 kes baharu yang dilaporkan, tiga adalah kes import yang telah mendapatĀ jangkitan di luar negara melibatkan dua warga tempatanĀ dan satu bukan warganegara dariĀ New Zealand (satuĀ kes di Selangor); Qatar (satuĀ kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan India (satuĀ kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur),ā€ katanya dalam kenyataan semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda