Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

3.7 Juta Isi Rumah B40 Terima RM1,000

By 23 September 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan sediakan bantuan tambahan kepada rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertama pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021.

“Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 melibatkan 3.7 juta isi rumah B40 dengan nilai bantuan sebanyak RM1,000, 3.8 juta kumpulan B40 bujang (RM500), 1.4 juta isi rumah M40 (RM300) dan 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima bayaran sebanyak RM300.

“Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0, kerana kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini, dan bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu,” katanya ketika mengumumkan Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: KITA PRIHATIN, hari ini.

Tinggalkan komen anda