Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Jejak Budaya Marang 2020 Bantu Promosi Pelancongan Daerah Marang

By 4 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Afnan Hakimi (Marang)

MARANG, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jejak Budaya Marang 2020 hasil cetusan idea Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, diadakan bagi menggantikan Pekan Budaya yang menjadi program dwi-tahunan di seluruh Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu Ariffin Deraman, ketika ditemui berkata penganjuran program ini merupakan peluang terbaik bagi industri pelancongan domestik untuk meningkatkan lagi sektor ekonomi dengan kehadiran pelancong dan pengunjung yang tidak putus sehingga ke hari ini termasuklah dapat memberi manfaat kepada semua penggiat industri pelancongan khususnya di daerah Marang.

 

Ucapan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Komuniti dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman.

Ucapan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Komuniti dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman.

“Program ini dirancang bertitik tolak daripada peningkatan pelancong secara mendadak ke Pulau Kapas, Marang selepas pengumuman daripada pihak kerajan yang membenarkan industri pelancongan domestik beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan purata kehadiran pelancong seramai 5,000 orang setiap minggu.

“Program yang akan diadakan selama sebulan bermula September hingga Oktober ini dirangka bagi menarik pelancong ke daerah Marang khususnya yang bercuti ke Pulau Kapas dan pengunjung luar bagi mengisi cuti mereka dengan pelbagai program menarik yang disediakan sepanjang berada di Terengganu.

Ariffin Deraman merasmikan Majlis Pelancaran Jejak Budaya Marang 2020.

Ariffin Deraman merasmikan Majlis Pelancaran Jejak Budaya Marang 2020.

“Program yang dirancang ini adalah kesempatan terbaik untuk industri pelancongan di Negeri Terengganu serta menaikkan imej dan budaya pantai timur dapat ditonjolkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jejak Budaya Marang 2020 di Dataran Batu Putih, di sini baru-baru ini.

Bergambar bersama peserta Kayuhan Merdeka Terokai Marang.

Bergambar bersama peserta Kayuhan Merdeka Terokai Marang.

Turut hadir pada program berkenaan adalah Pegawai Daerah Marang Tengku Seri Bijaya Raja, serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri di daerah ini.

Tinggalkan komen anda