Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Jelajah Merdeka Belia 2020 Semai Rasa Cinta Buat Negara

By 15 September 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Konvoi bermotor himpunkan belia dan beliawanis sekitar daerah ini menjelajah ke 23 kampung bagi menyantuni penduduk kampung yang memerlukan di samping meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut esok (16 September).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud, berkata meskipun hari bersejarah ini tidak dapat disambut dengan meriah seperti saban tahun sebelum ini, namun ianya tidak melunturkan semangat untuk meraikannya demi negara yang tercinta.

“Semangat ini tidak seharusnya luntur dan perlu disemai agar cinta pada tanah air mekar selamanya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud ketika berucap merasmikan Program Konvoi Bermotosikal Belia sempena Jelajah Merdeka@Komuniti DUN Bukit Besi di sini, baru-baru ini.

Sambutan dan penyertaan luar biasa dan meriah berjaya menghimpunkan belia dan beliawanis konvoi bermotor menjelajah ke 23 buah kampung seluruh DUN Bukit Besi, Dungun.

Sambutan dan penyertaan luar biasa dan meriah berjaya menghimpunkan belia dan beliawanis konvoi bermotor menjelajah ke 23 buah kampung seluruh DUN Bukit Besi, Dungun.

Katanya, sebagai warganegara kita seharusnya mempertahankan kedaulatan negara dan tidak membawa sentimen negatif yang boleh menjejaskan kemajuan dan kemakmuran bersama.

“Konvoi ini membawa mesej kemerdekaan di mana kita bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Dungun bagi menyampaikan mesej-mesej kenegaraan dan diselitkan dengan lagu-lagu patriotik di sepanjang konvoi berlangsung,” katanya.

Mengambil semangat tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’ Pejabat ADUN Bukit Besi, Dungun sentiasa bergerak bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan kerana menerusi program ini, peserta berpeluang menyantuni mereka yang memerlukan bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada wakil penduduk.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun, Mohd Asmadi Khalid berkata program ini bertujuan menyemai, menghayati, meningkatkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara khususnya kepada golongan belia di Daerah Dungun.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun, Mohd Asmadi Khalid berkata program ini bertujuan menyemai, menghayati, meningkatkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara khususnya kepada golongan belia di Daerah Dungun.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun Mohd Asmadi Khalid, berkata program kerjasama ini bertujuan menyemai, menghayati, meningkatkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara khususnya terhadap golongan belia di Daerah Dungun.

“Saya teruja dengan sambutan dan penyertaan daripada golongan belia terhadap program yang kita jalankan ini. Saya berharap program ini dapat memberi kesedaran kepada golongan belia agar lebih mencintai tanah air serta menghargai nikmat keamanan yang kita kecapi saat ini.

Taklimat sebelum konvoi bermotosikal menjelajah ke 23 buah kampung dilepaskan.

Taklimat sebelum konvoi bermotosikal menjelajah ke 23 buah kampung dilepaskan.

“Peranan belia amat besar kepada negara kerana golongan ini merupakan pelapis yang akan menerajui tampuk pimpinan negara pada masa akan datang kerana mereka merupakan tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan negara kerana mereka berperanan penting untuk membangunkan negara dan akan memacu serta membawa negara di tahap keterbilangan di persada dunia pada masa akan datang.

“Oleh itu, belia perlu menerapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran serta mempunyai jati diri yang utuh,” katanya.

Gimik Penyampaian Jalur Gemilang daripada wakil Pejabat Penerangan Daerah Dungun kepada ADUN Bukit Besi, Roslee Daud di Program Konvoi Bermotosikal Belia sempena Jelajah Merdeka@Komuniti DUN Bukit Besi baru-baru ini.

Gimik Penyampaian Jalur Gemilang daripada wakil Pejabat Penerangan Daerah Dungun kepada ADUN Bukit Besi, Roslee Daud di Program Konvoi Bermotosikal Belia sempena Jelajah Merdeka@Komuniti DUN Bukit Besi baru-baru ini.

Tambahnya, beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh komuniti di sini terutamanya golongan belia yang bersemangat dan berjaya menghimpunkan lebih 130 belia dan beliawanis dalam konvoi bermotor menjelajah ke 23 buah kampung di seluruh DUN Bukit Besi dengan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan normal baharu dipatuhi.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya jamuan rakyat, sukan rakyat dan malam kebudayaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda