
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Vaksin untuk mencegah penyakit hawar berdarah dalamĀ kalangan haiwan ternakan adalah percuma, yang diperlukan hanya kerjasama penternak supaya memberi kebenaran suntikan dilakukan.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa TerengganuĀ Dr Azman Ibrahim berkata pihaknya adakala mengalami kesukaran melaksanakan langkah pencegahanĀ kerana sikapĀ tidak ambil peduliĀ tentang kepentingan vaksin.
āApabila ada kes wabak yang melanda ternakan lembu kerbau seperti hawar berdarah dikesan di sesuatu lokasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan segera melakukan tindakan pencegahan dengan pemberian vaksin kepada semua ternakan yang berada dalam daerah dan kawasan sekitar.
āIni adalahĀ prosedur operasi standardĀ Ā (SOP)Ā jabatan supaya wabak tak merebak. Pemberian vaksin ituĀ dilakukan secara percuma sahaja. Hanya kerjasama daripada pemilik ternakan yang diperlukan dan saya yakin stok vaksin yang ada adalah mencukupi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dr Azman berkata terdapat segelintir penternak yang menolak permohonan JPV kerana beranggapan ternakan mereka sihat hingga proses mencegah penularan terganggu, yang akhirnya membawa kematian ternakan dalam kuantiti yang banyak.
Katanya, penyakit hawar berdarah dikesan berlaku di Terengganu pada 2018 dan JPV telah mengambil tindakan sepatutnya sebagaimana SOP.
āApabilaĀ mula dikesan pada 2018 hingga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 proses vaksin telah dilakukan secara berterusan. Tanpa vaksin, jangkitan dan kematian ternakan boleh berlaku tanpa dijangka. Vaksin sebagai suatu ikhtiar pencegahan. Tanpa ikhtiar kita tidak bolehĀ berserah begitu sahaja.
āBiasa berlakuĀ apabila berlaku kematian barulah pemilik yang asalnya tidak memberikan kerjasama, mengizinkan baki ternakan mereka yang masih hidup diberikan vaksin,ā katanya yang turut berharap agar penternak di negeri itu mengubah sikapĀ dan mendengar saranan JPV.
Dr Azman juga menggesa penternak mengambil langkah pencegahan dengan mengasingkan haiwan ternakan bergejala serta segera melaporkan kepada JPV untuk mengambil vaksin dalam tempoh terdekat.
— BERNAMA