Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kepentingan Menuntut Ilmu

By 25 September 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Shaharuddin Daud@Abu Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 25 Sept (Malaysiaaktif) – “Nikmat iman boleh dicabut perlahan-lahan, dan perasaan gerun serta takut pula diolah kepada benda tahyul sedangkan perkara-perkara penting dikesampingkan,” ujar Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Mohd Zaidi Ramli, dalamĀ ceramah khas bersempenaĀ Program Hijrah Prihatin Peringkat Daerah Kuala Pilah di Masjid Jamek Yamtuan Raden, semalam.

Tambah beliau, cabaran umat Islam masa kini, adalah untuk menyayangi umat Islam sendiri yang merupakan antara cabang-cabang iman.

“Menuntut ilmu adalah sangat penting dalam menimbangi sesuatu tindakan, perbuatan, dan percakapan agar tidak wujud rasa bongkak dan bangga diri, perasaan takut dalam diri amat penting dalam membina jati diri danĀ kita hendaklah sentiasa menambah ilmu agar dapat membuat pertimbangan yang baik.

“Komunikasi masa kini yang menggunakan gajet sebagai sebahagian medium penyebaran maklumat juga telah menyebabkan masyarakat berpecah belah,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati agar menggunakan gajet secara berhemah agar input yang diberikan bermanfaat buat semua.

Sementara itu,Ā  dua tokoh Maal Hijrah 1442 telah dinobatkan sempena program tersebut iaitu Tokoh Ulama Silam, Almarhum Abdul Rahman Jamaluddin Al-Jempoli dan Tokoh Maal Hijrah, Adam Omar, 96.

Dalam pada itu, sebanyak 13 buah surau dalam Kariah Masjid Yamtuan Raden telah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abd Manap.

-AK

Tinggalkan komen anda