
PUTRAJAYA, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu ditutup bermula hari ini hingga 8 Okt depan untuk proses nyah kuman, kataĀ Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Jamili Nais.
Beliau berkata iniĀ berikutan seorang pesakitĀ COVID-19 didapati telahĀ mendaki Gunung Kinabalu dariĀ 13 hingga 14 Sept laluĀ dan Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan Notis Perintah TutupĀ untuk menutup ibu pejabat Taman Kinabalu, Kundasang.
āPusat COVID-19 dibuka di Taman Kinabalu untukĀ tujuan operasi pencegahan penularan yang melibatkan ujian saringan COVID-19 ke atas kontak rapat pendaki yangĀ terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit dalam aktiviti pendakian itu.
āOperasi nyah kuman yang menyeluruh dilaksanakan ke atas kemudahan-kemudahan pelancongan di sepanjang laluan pendakian ke Gunung Kinabalu termasuk di Stesen Panabalan (base camp)Ā di sepanjang tempoh penutupan,ā katanya menerusi kenyataan hari ini.
Berikutan peningkatan kes COVID-19 di pantai timur negeri itu,Ā agensi kerjaan negeri Taman-taman Sabah telah melaksanakan operasi nyah kuman di Taman Bukit Tawau, Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Pulau Sipadan selama tujuh hari dariĀ 20Ā hingga 30 Sept ini.
āKetiga-tiga buahĀ taman ini tidak akan dibukaĀ kepada pelawat dan orang awam sepanjang tempoh operasi ini dilaksanakan.
āBagaimanapun, taman-taman lain yang bebas daripada gejala penularan Covid-19, iaitu Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Pulau Penyu, Taman Banjaran Crocker, Taman Pulau Tiga dan juga Taman Tun Mustapha masih dibuka kepada pelawat awam,ā kata Jamili.
Beliau berkata Stesen Mata Air Panas Poring, Substesen Serinsim, Substesen Sayab, Substesen Monggis dan Substesen Nalapak masih bebas daripada penularan Covid-19 dan dibuka kepada pelawat awam.
— BERNAMA