Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pasar Segar Terkawal FAMA Tawar Harga Berpatutan

By 21 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud ( Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Kuala Muda melaksanakan inisiatif pasar segar terkawal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Zon Melor.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sungai Petani, Mazlan Safar, berkata pemeriksaan mendapati harga barangan yang dijual berpatutan dan bekalan adalah mencukupi.

“Inisiatif ini memberi kemudahan pembelian barangan basah dan segar dengan harga berpatutan dan berkualiti kepada kira-kira 602 buah rumah, dengan anggaran 2259 penduduk yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan secara pentadbiran di Zon ini.

“Pemeriksaan dan pemantauan harga barangan telah dilaksanakan hari ini, disertai 9 orang pegawai dari KPDNHEP Sungai Petani bagi memantau harga barangan yang dijual di Pasar Segar Terkawal ini,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Pelbagai barangan runcit turut disediakan.

Pelbagai barangan runcit turut disediakan.

Menurut Mazlan, antara barangan yang dijual adalah seperti ikan segar, ayam segar dan sejuk beku, sayur-sayuran segar, buah buahan serta daging.

“Pasar segar terkawal ini dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.

“KPDNHEP sentiasa mengingatkan para peniaga, supaya sentiasa mematuhi Undang-Undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang Dan Sukat 1972, dan pemantauan berkala akan sentiasa dilaksanakan pihaknya.

“Bekalan minyak Primax RON 95 juga disediakan dengan penjualan secara terkawal oleh ROVR Petronas dan perkara ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak KPDNHEP,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Zon Melor Amanjaya dijangka ditamatkan pada 27 September ini.

-SH

Tinggalkan komen anda