
Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)
TAMPIN, 21 Sept (Malaysiaaktif) ā Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Rancangan FELDA Pasir Besar 2020 anjuran pihak Pengurusan Rancangan serta Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA Pasir Besar telah diadakan, di sini Ahad lalu.
Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias, Mohamad Anuar Ridi Mohamad, berkata beliau amat kagum dengan penglibatan dan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat Felda tersebut dan berharap program seumpama ini akan dapat diadakan saban tahun.
āPelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sebulan ini antaranya adalah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang, blok tercantik, pakaian dan motor berhias,” ujarnya ketika ditemui.
MenurutĀ Pengurus Felda Pasir Besar, Mohd Ibrahim Abu Samah, selain menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk Felda, sambutan Bulan Kebangsaan ini turut dilihat mampu mengeratkan silaturahimĀ antara mereka semua.
āTujuan utama sambutan ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam diri masyarakat, namun secara tidak langsung ianya dapatĀ mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Felda Pasir Besar ini,” katanya.
Tambah Ibrahim, sambutan tersebut turut mencungkil bakat serta idea-idea kreatif generasi kedua dan ketiga Felda menerusi hiasan yang dipamerkan disetiap papan blok atau tugu blok kediaman masing-masing.
Sambutan Bulan Kebangsaan tersebut juga turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya adalah Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Koperasi Felda Pasir Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Besar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Besar.
Turut hadir Ahli DUNĀ Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said.
-AK