Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Warga Felda Zahir Kreativiti Sambut Bulan Kebangsaan

By 22 September 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 21 Sept (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Rancangan FELDA Pasir Besar 2020 anjuran pihak Pengurusan Rancangan serta Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA Pasir Besar telah diadakan, di sini Ahad lalu.

Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias, Mohamad Anuar Ridi Mohamad, berkata beliau amat kagum dengan penglibatan dan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat Felda tersebut dan berharap program seumpama ini akan dapat diadakan saban tahun.

“Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sebulan ini antaranya adalah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang, blok tercantik, pakaian dan motor berhias,” ujarnya ketika ditemui.

Peserta dalam kalangan penduduk menyertai pertandingan blok dan tugu tercantik.

Peserta dalam kalangan penduduk menyertai pertandingan blok dan tugu tercantik.

Menurut Pengurus Felda Pasir Besar, Mohd Ibrahim Abu Samah, selain menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk Felda, sambutan Bulan Kebangsaan ini turut dilihat mampu mengeratkan silaturahim antara mereka semua.

“Tujuan utama sambutan ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam diri masyarakat, namun secara tidak langsung ianya dapat  mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Felda Pasir Besar ini,” katanya.

Tambah Ibrahim, sambutan tersebut turut mencungkil bakat serta idea-idea kreatif generasi kedua dan ketiga Felda menerusi hiasan yang dipamerkan disetiap papan blok atau tugu blok kediaman masing-masing.

Sambutan Bulan Kebangsaan tersebut juga turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya adalah Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Koperasi Felda Pasir Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Besar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Besar.

Turut hadir Ahli DUN Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said.

-AK

Tinggalkan komen anda