
PUTRAJAYA, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merekodkan 4,560 kesalahan di bawah pelbagai akta dengan nilai rampasan berjumlah RM60,691,736 sejakĀ pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu hingga semalam.
Menurut kenyataan Bahagian PenguatkuasaĀ KPDNHEP hari ini, sebanyak 440,549 premis perniagaanĀ diperiksa pada tempoh tersebut merangkumi kedai runcit, pasar raya, kedai makan, kedai kek dan roti, kedai pakaian, bengkel kenderaan serta lain-lain premis.
“Sebanyak 3,377 kesalahan telah dikompaun sepanjang tempoh PKP ini dengan kutipan kompaun berjumlah RM1,495,752,” menurut kenyataan itu.
Kesalahan tertinggi adalah di bawah Akta Timbang dan Sukat dengan 2,431 kes, diikuti dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebanyak 1,289 kes serta Akta Kawalan Bekalan 1961 sebanyak 367 kes.
Menurut kenyataan itu, sejak PKP bermulaĀ sehingga kini, 12 barang keperluan harian pengguna iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih,Ā susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, cecair pembasmi kuman dan pelitup mukaĀ dipantau secara harian di seluruh negara.
Orang ramai disaranĀ membuat aduan jika terdapat isu berhubung harga dan bekalan kepada Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) melaluiĀ talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 atauĀ hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran.
— BERNAMA