Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kompang Martabatkan Seni Budaya Melayu

By 6 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yusof Abd Samad (Tangkak)/Pejabat Pelancongan Daerah Tangkak

TANGKAK, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Tangkak Abd Razak Ithnin berkata, Pertandingan Kompang Tradisional mampu menonjolkan kesenian Melayu malah mewujudkan kerjasama yang baik di kalangan golongan dewasa dan anak-anak muda.

“Namun begitu, tanpa minat dan disiplin yang kukuh, agak sukar untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menceburi seni ini pada masa akan datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada pertandingan tersebut, baru-baru ini.

Razak berkata, pertandingan ini merupakan platform terbaik untuk memartabatkan lagi alat muzik ini walaupun ia diadakan dalam suasana norma baharu berikutan pandemik COVID-19 yang melanda Negara.

“Program anjuran Majlis Kebudayaan dan Kesenian dan Pejabat Daerah Tangkak ini bermatlamat bagi melahirkan masyarakat yang cintakan seni budaya tempatan.

“Saya berharap dengan adanya pertandingan seumpama ini mampu mengekalkan keunikan muzik tradisional ini agar tidak ditelan zaman walaupun terdapat pelbagai kebudayaan moden mewarnai negara pada ketika ini,” ujarnya.

Seorang peserta dari Telok Rimba, Ikhwan Ismail ketika ditemui berkata, seni kompang adalah warisan nenek moyang yang wajar dipraktikkan dan dihayati oleh anak muda kerana ia memiliki keunikan dan kehebatannya yang tersendiri.

Abd Aziz Sidek, 16, dari Telok Rimba turut menyarankan agar seni kompang ini diperluaskan ke seluruh Negara dengan mengambil inisiatif menyediakan latihan seni budaya kepada setiap lapisan masyarakat bagi tujuan meningkatkan kefahaman serta kecintaan terhadap seni budaya.

“Negara kita kaya dengan pelbagai jenis seni dan budaya, jika tiada usaha untuk mengekalkannya ia mungkin akan dilupakan oleh generasi akan datang,” ujarnya lagi.

Turut hadir Naib Yang Dipertua Majlis Kebudayaan dan Kesenian Johor Salmah Saizal, Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan dan Kesenian, ketua-ketua jabatan serta agensi daerah ini.

-NI

 

Tinggalkan komen anda