Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bina Sahsiah Diri Dengan Hayati Perlembagaan

By 6 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Norazhana Ramli (SMK Senaling)

KUALA PILAH, 6 Okt (Malaysiaaktif) – “Pengetahuan mengenai perlembagaan dapat membentuk sahsiah individu menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab,” ujar Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, Norazhana Ramli ketika dihubungi ketika Pertandingan Kuiz Kenegaraan secara dalam talian peringkat daerah Kuala Pilah baru-baru ini.

Jelas beliau, sahsiah diri bukan hanya mengenai kekuatan secara fizikal namun turut membabitkan tingkah laku yang baik dan kesemua aspek ini jelas dipengaruhi oleh mental yang sihat.

“Ianya menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk memahami konteks perlembagaan dengan betul dan baik,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Tuanku Muhammad Shazatul Noor Sabidin, berkata perasaan kasih sayangkan negara adalah berpandu kepada ilmu pengetahuan dan kesediaan diri untuk menzahirkan nilai-nilai murni seperti toleransi, bersatu padu dan patriotic, perkara ini juga jelas merupakan antara cabaran membina negara bangsa terutamanya bagi generasi kini.

‘’Cabaran generasi kini dalam menghayati perlembagaan bukan hanya perlu dipikul oleh mereka sahaja malah turut menuntut dokongan penuh semua lapisan masyarakat terutamanya ahli keluarga.

“Begitu juga dengan agen-agen sosialisasi yang lain seperti sekolah dan pemimpin yang berperanan dalam membentuk sahsiah diri ahli masyarakat yang memahami dan menghayati perlembagaan Negara,’’ ujarnya.

Pertandingan Kuiz Kenegaraan tersebut diadakan secara dalam talian buat pertama kali oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah dan telah dimenangi oleh Sekolah Sains Sukan Negeri Sembilan, SMK Za’aba, manakala empat lagi sekolah yang mengambil bahagian adalah SMK Senaling, SMK Tuanku Muhammad, SMK Dato’ Abdul Samad dan SMK Tunku Besar Burhanuddin.

-AK

Tinggalkan komen anda