Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mohd Faris Adli Shukery Dilantik Pengarah Urusan Kulim Yang Baharu

By 15 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Kulim (Malaysia) Berhad (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) mengumumkan pelantikan Mohd Faris Adli Shukery selaku Pengarah Urusan Kulim yang baharu berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020, semalam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kulim, pelantikan Mohd Faris adalah untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut susulan persaraan Pengarah Eksekutif Kulim, Zulkifly Zakariah.

Mohd Faris, 48, merupakan pemegang Ijazah Sarjana dan Ijazah Perundangan dari United Kingdom yang mempunyaiĀ mempunyai pengalaman luas dan kepakaran lebih 20 tahun dalam sektor perladangan, hartanah dan kewangan.

BeliauĀ juga pernah menyandang jawatan di pelbagai bidang seperti pembangunan perniagaan, perancangan korporat, komunikasi dan operasi perniagaan.

“Sebelum menyertai Kulim,Ā beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Sabah di Sime Darby Plantation dan pernah bertugas di Sime Darby Oils, Sime Darby Property, AmMerchant Bank dan Bursa Saham Kuala Lumpur,”Ā tambah kenyataan itu.

-NI-

Tinggalkan komen anda