Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

‘Riders’ Indera Mahkota Terima Sumbangan

By 26 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa/Umardani (Pahang)

KUANTAN, 26 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 70 orang ‘riders’ syarikat penghantar makanan di sekitar Indera Mahkota menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian berjumlah RM500 yang diterima setiap seorang itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Indera Mahkota Razali Alias di perkarangan pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota, di sini baru-baru ini.

“Sumbangan ini adalah inisiatif Ahli Parlimen bagi membantu penduduk di kawasan beliau yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sekarang ini.

Antara “riders” yang menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Antara “riders” yang menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Indera Mahkota.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka terutama yang terjejas teruk dari segi pendapatan ekoran pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Bagi Hadi Putera Mohd Abinor dari Indera Mahkota 2, beliau sangat menghargai keprihatinan Ahli Parlimen terutama kepada penghantar makanan sepertinya yang sememangnya terjejas kerana diberhentikan kerja sebelum ini.

“Syukur alhamdulillah atas sumbangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen dan terima kasih kerana prihatin ke atas nasib penduduk setempat yang terkesan seperti saya kerana hilang pekerjaan sejak Mei lalu,” katanya.

Hadi sebelum ini merupakan pekerja di sektor perindustrian telah memulakan khidmat penghantaran makanan secara sambilan sejak Mac lalu.

-KN

Tinggalkan komen anda