Skip to main content
Berita TengahHomePutrajaya

JaPen Serah Sumbangan Tabung Hari Pahlawan KTP 2020

By 24 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Rahman (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) melalui Ketua Pengarahnya Datuk Sukari Ab Hamid hari ini menyerahkan sumbangan Tabung Hari Pahlawan kepada wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Putrajaya, Mahadie Chan Abdullah sempena Kempen Tabung Pahlawan (KTP) bagi tahun 2020.

Menurut Sukari, sumbangan ini demi menghargai pengorbanan dan perjuangan anggota tentera dalam memastikan keamanan negara terpelihara.

“Sumbangan kepada Tabung Pahlawan ini sebagai penghargaan kepada Veteran ATM yang telah berkorban tenaga dan keringat dalam menjaga dan mengekalkan kedaulatan,” katanya dalam satu majlis ringkas di pejabatnya, di sini hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda