Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Diskaun 40 Peratus Pembayaran Kompaun kepada Pengusaha Pelancongan, Pemandu Pelancong Berlesen

By 24 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong berlesen yang dikenakan kompaun sehingga 30 Jun 2021.

Dalam kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan kementerian juga memberi perlanjutan tempoh pembayaran kompaun sehingga 30 Jun 2021 bagi semua kompaun yang dikeluarkan kepada pemandu pelancong atau pengusaha pelancongan berlesen.

“Kementerian berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19,” menurut kenyataan itu.

MOTAC memberitahu kelonggaran hal berkaitan kompaun kepada pengusaha pelancongan berlesen dan pemandu pelancong berlesen adalah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“Namun demikian, kementerian menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda