Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu COVID-19 1,371 Kes, Empat Kematian

By 15 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 di negara ini terus mencatat empat angka dengan 1,371 kes, selain merekodkan empat kematian baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 84,846 kes, dengan kes aktif sebanyak 13,830.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala baki 1,370 kes adalah penularan dalam negara.

“Selangor masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes (38.8 peratus) di mana 420 kes (78.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19, yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 283 kes (20.6 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes (19.0 peratus),” katanya dalam sidang media berkenaan COVID-19 di Putrajaya semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh mencatatkan sebanyak 1,204 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 70,597 kes (83.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Katanya pada masa ini terdapat 114 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 62 memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata empat kematian hari ini melibatkan tiga wanita tempatan dan seorang lelaki bukan warganegara, yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 419 kes, iaitu 0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda