Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Positif COVID-19 Baharu Berkurangan ke Tiga Angka

By 3 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

PUTRAJAYA, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Kes positif COVID-19 di Malaysia mencatatkan sedikit penurunan apabila 851Ā kes baharu dilaporkan, selepas lima hari mencatatkan kes baharu empat angka sejak 27 Nov.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, empat merupakan kes import manakala 847 kes adalahĀ penularan COVID-19 dalam negara, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 10,686 kes.

ā€œJumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalahĀ 68,020 kes,ā€ katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di siniĀ semalam.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 658 kes sembuh COVID-19,Ā menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 56,969 kes (83.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 334 kes (39.2 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Dr Noor Hisham berkataĀ Selangor mencatatkan sebanyak 249 kes positif sementara Kuala Lumpur 85 kes, diikuti Sabah 229 kes (26.9 peratus) danĀ Johor 102 kes (12.0 peratus).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda