Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Kesiapsiagaan APM Hadapi Bencana

By 2 Disember 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia dengan kekuatan aset bagi menghadapi bencana yang dijangka berlaku pada bila-bila masa di daerah Seberang Perai Tengah.

Pegawai APM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Kapten (PA) Mohd Zaki Sueb, berkata respons APM memang pantas, seperti mana motto APM, “Sedia Pantas dan Berintegriti” apabila menerima panggilan kecemasan 999.

Sesi kunjung hormat dari Pejabat Penerangan Daerah SPT kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah SPT telah diadakan di Pejabat APM, Daerah SPT.

Sesi kunjung hormat dari Pejabat Penerangan Daerah SPT kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah SPT telah diadakan di Pejabat APM, Daerah SPT.

“Pihak panggilan pusat 999 bertanggungjawab mengklasifikasikan sesuatu kes itu, sama ada menjadi tanggungjawab pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Apabila berlaku bencana seperti banjir kilat yang sering berlaku di SPT, pihak APM bersama-sama PDRM dan JBPM menyelamatkan mangsa banjir, manakala Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membantu menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

APM menunjukkan aset seperti jaket keselamatan yang digunakan semasa operasi banjir di Daerah SPT.

APM menunjukkan aset seperti jaket keselamatan yang digunakan semasa operasi banjir di Daerah SPT.

“Kami siapsiaga dalam tempoh 24 jam di pusat pemindahan dan juga Bilik Gerakan yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Bencana Daerah,” katanya semasa kunjungan hormat di Pejabat APM, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Operasi dan Bencana APM SPT Lt. (PA) Azhari Mahmud, berkata APM perlu diuar-uarkan agar masyarakat memahami bidang tugas APM selain PDRM dan JBPM yang dianggap terkehadapan dan sudah dikenali umum.

Bot penyelamat APM yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa semasa berlaku banjir.

Bot penyelamat APM yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa semasa berlaku banjir.

“Tugas kami hampir sama namun berbeza berdasarkan jenis bencana atau keadaan kecemasan.

“APM turut menyediakan latihan bagi menghadapi kecemasan kepada orang awam, membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang dilanda bencana, membantu aktiviti pembangunan semula serta menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Kerjasama pihak APM yang diketuai oleh Lt. (PA) Azhari Mahmud dan Kapten (PA) Mohd Zaki Sueb dengan Pejabat Penerangan Daerah SPT untuk mengukuhkan dan membina masyarakat berinformasi.

Kerjasama pihak APM yang diketuai oleh Lt. (PA) Azhari Mahmud dan Kapten (PA) Mohd Zaki Sueb dengan Pejabat Penerangan Daerah SPT untuk mengukuhkan dan membina masyarakat berinformasi.

“Pihak APM juga mempunyai kepakaran dalam mengendalikan haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking, memusnahkan sarang serangga seperti tebuan dan lebah serta menangkap haiwan liar seperti biawak dan musang di premis, rumah atau di mana jua yang merbahayakan orang awam dan kemudiannya dihantar ke Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda