Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KIDA Fasa 2 Bantu 4,499 Wanita Kedah

By 6 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Alor Setar)

ALOR SETAR, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri mengiktiraf peranan ibu sebagai tonggak keluarga dan membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 melalui penyerahan bantuan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA).

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kerajaan negeri amat peka dan memahami keadaan rakyat yang dibelenggu kos sara hidup yang tinggi ketika berdepan dengan pandemik ini.

“Melalui Kerajaan Persekutuan, KIDA telah dirangka untuk menangani masalah ini dan bagi memastikan rakyat di negeri Kedah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Seramai 4,499 wanita terdiri daripada kaum ibu atau wanita bekeluarga di negeri ini menerima bantuan kewangan untuk membeli barangan keperluan asas secara bulanan dan rawatan kesihatan tahunan melalui program KIDA Fasa 2, di mana penerima-penerima bantuan ini dipilih daripada senarai bank data kemiskinan nasional e-Kasih daripada Unit Penyelarasan (ICU), Kedah,” katanya dalam Pelancaran Program Kembara Prihatin Negara 2020 Peringkat Negeri Kedah pagi tadi bertempat di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurut Sanusi, tahun ini, kerajaan persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah membelanjakan sebanyak RM18 juta bagi pemberian kad KIDA yang bernilai RM250 sebulan untuk membeli keperluan barangan asas dan RM500 setahun bagi bantuan rawatan kesihatan.

“Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan Tabung Sejahtera Wanita Negeri Kedah pada tahun 2019 dan 2020, manakala untuk bajet 2021, kerajaan negeri akan memperuntukan sebanyak RM500 ribu untuk tabung tersebut kepada wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda