Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Peranan Media Tingkatkan Imej PDRM Dihargai

By 14 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Disember (Malaysiaaktif) – Peranan dan kerjasama pengamal media dalam meningkatkan imej Polis Diraja Malaysia amat dihargai.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad, hasil kerjasama kedua-dua pihak membolehkan pihak polis mendapat kepercayaan daripada semua pihak.

“Hasil kerjasama para media yang tidak jemu membantu PDRM kita berjaya tingkatkan imej di Wilayah Persekutuan Labuan, dengan terhasilnya laporan-laporan mengenai kejayaan yang diperolehi PDRM menyebabkan pihak PDRM mendapat kepercayaan daripada masyarakat di sini.

“Media Labuan juga tidak pernah menimbulkan masalah dengan pihak kami dan sikap profesional ini perlu dicontohi oleh rakan-rakan media di tempat lain,” katanya semasa Majlis Penghargaan Ketua Polis Labuan Bersama Persatuan Penggiat Media Labuan, di sini kelmarin.

Beliau turut memuji sikap kebanyakan warga Labuan yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan sentiasa mematuhi undang-undang.

Farid (empat dari kanan) bersama Jainudin (empat dari kiri) memotong kek pada sambil disaksikan rakan-rakan media.

Farid (empat dari kanan) bersama Jainudin (empat dari kiri) memotong kek pada sambil disaksikan rakan-rakan media.

“Saya tidak menghadapi banyak masalah sepanjang bertugas di Labuan kerana orang Labuan sangat memberi kerjasama, bersopan dan patuh kepada undang-undang yang ditetapkan kerana kesedaran sivik yang tinggi,” tambahnya yang akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada penghujung Disember ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin, menzahirkan penghargaan kepada Farid dan pihak polis yang sentiasa memberi kerjasama kepada pihak media tempatan.

“Memang tidak dapat dinafikan selama tuan berkhidmat di pulau ini telah banyak melahirkan bibit bibit rasa kepuasan dan kesepakatan yang tidak terhingga terutamanya dalam menyalurkan maklumat penting tidak kira dari aspek kes jenayah, atau sebagainya.

“Tuan juga begitu mudah dan senang untuk didekati, malah perkara ini turut diakui oleh para pemimpin masyarakat Labuan, walapun tuan merupakan seorang yang tegas dalam membuat keputusan tetapi mempunyai prinsip mesra rakyat sesuai lah dengan moto PDRM iaitu ‘Polis Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan DSP Ibrahim Abd. Ghani, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa dan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Aminah Samsuddin Mohd.

-SH

Tinggalkan komen anda