Skip to main content
Berita TimurTerengganu

138 Pemohon Terima Kunci Rumah

By 14 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 138 pemohon dari Kerteh menerima kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Taman Sri Gemilang, Kerteh Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Dr. Alias Razak berkata ciri-ciri kesejahteraan rakyat ialah dengan memiliki rumah kediaman yang baik dan selesa bertepatan dengan matlamat kerajaan negeri untuk memastikan setiap rakyat negeri ini dapat memiliki rumah sendiri terutamanya golongan muda.

Gimik pelancaran Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik(RMM) Taman Sri Gemilang, Kerteh Kemaman.

Gimik pelancaran Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik(RMM) Taman Sri Gemilang, Kerteh Kemaman.

“Ini merupakan usaha kerajaan untuk membaiki mutu kehidupan rakyat di setiap pelosok Negeri Terengganu dan memastikan tiada seorang pun daripada rakyat ini ketinggalan daripada menikmati kepesatan arus pembangunan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar,Alias Mamat berucap semasa majlis perasmian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar,Alias Mamat berucap semasa majlis perasmian.

“Peranan ini sangat penting bagi merealisasikan hasrat negeri untuk menyediakan kemudahan perumahan pada setiap masyarakat yang memerlukan dan merupakan sebahagian daripada agenda sosial kerajaan bagi menjamin hidup dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Taman Sri Gemilang, Kerteh, di sini baru-baru ini.

Menurut Dr. Alias, rumah teres berharga RM73,000 hingga RM80,000 itu mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad Che Yamansri, 36, meluahkan rasa syukur kerana penantian selama sembilan tahun membuahkan hasil dan bertuah kerana mendapat rumah bernombor satu.

Che Yamansri, 36, seorang juruteknik TNB.

Che Yamansri, 36, seorang juruteknik TNB.

Bagi Muhammad Azmahadi, 36, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin terhadap golongan B40 yang rata-rata mempunyai pendapatan yang sederhana.

Muhammad Azmahadi, 36, pekerja swasta.

Muhammad Azmahadi, 36, pekerja swasta.

Bagi seorang lagi penerima RMM, Rafidah Abdullah, 29, seorang pekerja swasta, menyifatkan rumah tersebut sebagai syurga kecil buat keluarganya.

“Saya sudah lama berharap memiliki rumah sendiri kerana sebelum ini hanya menumpang di rumah emak mentua,” katanya.

Rafidah, 29, pekerja swasta.

Rafidah, 29, pekerja swasta.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dan Setiausaha Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

-ii-

Tinggalkan komen anda