Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Calon SPM 2020 Akur SOP Ketat di Sekolah

By 23 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrulhaq Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Pembukaan sesi persekolahan 2021 menyaksikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau bersemangat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dan hadir ke sekolah dalam keadaan sihat dan mematuhi garis panduan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Pengetuanya Jalaludin Dzulkafli, berkata sesi persekolahan secara bersemuka ini khas sebagai persediaan untuk calon SPM 2020 mengambil peperiksaan tersebut.

“Mereka dikehendaki membuat pemeriksaan suhu badan dan mencuci tangan ketika memasuki ke perkarangan sekolah, disamping memakai pelitup muka dan beratur dengan penjarakan fizikal selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menbendung penularan penyakit COVID-19.

“Pelajar juga perlu terus berjalan memasuki kelas tanpa dibenarkan bersembang sesama rakan sambil dipantau oleh guru bagi memastikan pelajar akur dan patuh kepada SOP ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kerajaan melalui KPM telah membenarkan persekolahan dibuka bagi memfokuskan persediaan bagi calon menghadapi SPM 2020 yang akan berlangsung pada 22 Februari 2021,” katanya ketika ditemui di sekolahnya, semalam.

Jalaludin juga berharap agar para pelajar dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran dan hadir ke sekolah dalam usaha menentukan kejayaan mereka dalam SPM kelak.

Menurut Nurin Jeslina Md Sani, 18, sebagai calon SPM 2020 dia teruja kerana dapat hadir pada hari pertama sesi persekolahan 2021 dibuka.

“Saya berasa teruja kerana dapat meneruskan sesi pembelajaran secara bersemuka setelah sekian lama pembelajaran secara maya dijalankan sebelum ini dan kami perlu akur dengan arahan SOP yang ketat disediakan pihak sekolah,” ujarnya.

-AK

Tinggalkan komen anda