Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Gagal Patuhi SOP PKP, Peniaga Diarah Tutup Kedai

By 26 Januari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff /Nur Rezwane Mohd Zabidi (Daerah Seberang Perai Utara)

PENAGA, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak lima belas notis dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) semalam atas pelbagai kesalahan termasuk gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ops Bersepadu Pematuhan dan Pemantauan SOP PKP COVID-19 bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan itu dilaksanakan di dua lokasi Pasar awam di sini bagi memastikan semua pengusaha dan pemilik premis mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata mereka melakukan beberapa kesalahan seperti tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dan alat pengimbas suhu badan di gerai masing-masing.

“MBSP telah mengambil tindakan notis kepada lima belas penjaja tepi jalan kerana atas kesalahan tiada lesen perniagaan manakala pihak PDRM dan JKM pula memberi amaran tanpa tindakan kompaun.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor mengetuai Ops Bersepadu Pematuhan dan Pemantauan SOP PKP Covid-19 bersama MBSP dan Jabatan Kesihatan.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor mengetuai Ops Bersepadu Pematuhan dan Pemantauan SOP PKP Covid-19 bersama MBSP dan Jabatan Kesihatan.

“15 penjaja di situ diarahkan berhenti berniaga bermula hari ini sehingga tamat PKP dan perlu melantik seorang penganjur untuk proses permohonan lesen perniagaan di kawasan tersebut,” kata beliau semasa Ops di Pasar Nelayan Penaga, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, laluan di hadapan pasar tersebut dicadang menjadikan jalan sehala untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas dan keselamatan pengunjung lebih terjamin.

Pengunjung di Pasar, Ahmad Zaki, 44, berkata pasar nelayan tersebut menjadi tumpuan kerana harga jualan ikan segar dan sayur-sayuran di situ agak murah jika hendak dibandingkan dari tempat lain.

MBSP mengeluarkan notis kepada peniaga atas kesalahan SOP PKP termasuk tiada lesen perniagaan.

MBSP mengeluarkan notis kepada peniaga atas kesalahan SOP PKP termasuk tiada lesen perniagaan.

“Saya sendiri sanggup datang dari Paya Keladi untuk mendapatkan bekalan.

“Saya juga faham tentang SOP PKP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan demi kesejahteraan semua untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ini dari terus merebak,” jelasnya.

Terdahulu, ACP Noorzainy Mohd Noor mengadakan Ops pemantauan ke Pasar Apollo, Jalan Raja Uda yang baru dibuka semula untuk operasi setelah diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP PKP pada minggu lalu.

Beliau memberitahu bahawa penganjur dan orang awam mematuhi SOP di pasar berkenaan berbanding sebelum ini, namun masih ada ketidakpatuhan di kawasan medan selera berikutan terdapat laluan pintas.

Ketua Polis Daerah SPU turut menasihati orang awam mematuhi SOP melalui hebahan IOW JaPen SPU.

Ketua Polis Daerah SPU turut menasihati orang awam mematuhi SOP melalui hebahan IOW JaPen SPU.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada MBSP untuk memperbaiki SOP berkenaan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengedarkan buku Pembudayaan Norma Baharu dalam Komuniti sebagai rujukan dan panduan kepada peniaga di sekitar pasar awam di sini.

-ii-

Tinggalkan komen anda