Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

JKN Pahang Nafi Keluarkan Arahan Jalani Ujian Pengesanan COVID-19

By 6 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

PUTRAJAYA, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya orang awam yang telah mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial.

JKN Pahang menjelaskan bahawa Notis Perintah Tutup Premis yang dimaksudkan sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyahkuman premis perniagaan di samping aktiviti pengesanan kontak rapat juga telah dilakukan selepas satu kes positif dikesan di daerah tersebut.

JKN Pahang menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985 / 7988 atau melalui e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda