Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Keputusan Benarkan Kedai Makan Beroperasi Hingga 10 Malam Bantu Tingkatkan Perniagaan

By 22 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Keputusan kerajaan untuk membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi hingga 10 malam bermula hari ini akan mengurangkan cabaran berat yang dihadapi oleh perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) berkuat kuasa, menurut Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata keputusan untuk melanjutkan waktu operasi disambut baik, terutamanya kepada pengusaha restoran yang menghadapi kerugian besar, dan ada juga yang terpaksa ditutup.

“Dengan penurunan mendadak jumlah pelanggan semasa PKP 2.0, pengusaha restoran berusaha untuk menampung kos operasi mereka, seperti sewa, gaji, bayaran balik pinjaman dan kos utiliti serta kenaikan harga barangan.

“Oleh itu, kami berterima kasih kepada kerajaan atas campur tangan yang berterusan untuk mencapai keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan sumber pendapatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada Khamis bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah PKP, sehingga pukul 10 malam bermula 22 Januari daripada 8 malam sebelum ini.

Syed Hussain turut mengingatkan majikan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan terus komited untuk menghentikan penularan COVID-19.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda