Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

SJR dan SOP Lebih Ketat Sepanjang PKP

By 24 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Nasrulhaq Abd Hamid (Rembau)

REMBAU, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Pejabat Polis (IPD) Daerah Rembau telah membuka pondok kawalan sekatan jalanraya (SJR) di beberapa kawasan sempadan daerah dan negeri antaranya di Lubuk Cina, susur ke luar tol Pedas-Linggi dan hadapan taman tema air Pedas bagi memantau pergerakan keluar masuk sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Rembau Anuar Bakri Abdul Salam, berkata setakat semalam dua saman kegagalan mematuhi SOP dikeluarkan kepada dua warga asing atas kesalahan bergerak merentas sempadan negeri dan daerah dan dikenakan tindakan saman pematuhan dan tangkap bawah Akta Imigresen 1963.

“Pematuhan masyarakat Rembau amat tinggi sekitar 98 peratus, serta hebahan tentang bahaya COVID-19 turut dipertingkatkan dan pasukan penguatkuasa dari tiga pasukan sebelum ini ditambah kepada Sembilan pasukan sehari untuk penugasan penguatkuasaan pematuhan SOP,” ujarnya

Tambah Anuar, kerjasama antara agensi kerajaan terutama kolaborasi pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi-agensi lain dalam daerah itu amat baik dalam memastikan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

“Pihak kami turut membahagikan pasukan penugasan khas untuk memantau mereka yang dikenakan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dengan menggunakan kaedah fizikal dan juga teknologi untuk memastikan mereka terus kekal berada dalam rumah.

“Masyarakat di Rembau diingatkan supaya duduk di rumah dan keluar jika ada keperluan sahaja jika perlu merentas negeri atau daerah pastikan mendapat permit rentas negeri daripada PDRM,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda