Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Taska Genius Perpaduan Dibuka Secara Berperingkat Mulai 3 Januari

By 3 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Taska Genius Perpaduan di seluruh negara dibuka secara berperingkat bermula hari ini mengikut garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan Taska Genius Perpaduan di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu mula beroperasi hari ini, manakala di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Daerah Jempol di Negeri Sembilan, akan dibuka esok.

Di Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan, taska berkenaan akan mula beroperasi pada 15 Januari.

Taska Genius Perpaduan di Labuan pula akan dibuka pada 11 Januari dan semua guru dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dibenarkan bertugas seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan.

“Pembukaan Taska Genius Perpaduan diharapkan akan dapat membantu ibu bapa yang telah memulakan waktu kerja secara normal dan memerlukan penjagaan anak-anak semasa mereka berada di tempat kerja,” katanya.

Bagaimanapun, katanya ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Taska Genius Perpaduan diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, mengamalkan norma baharu dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda