Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Hasil Jualan Beg Kitar Semula Bantu Pelajar Tercicir PdPR

By 16 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mawarni Ismail/U.Prakash (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 16 Feb ( Malaysiaaktif ) – Bagi memastikan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bayan Lepas tidak tercicir dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), satu insiatif telah dilakukan apabila pihak sekolah menjual beg kitar semula bagi mendapatkan dana untuk membeli tablet kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

Guru Besar SJKT Bayan Lepas Sangga Sinnayah, berkata penyediaan tablet kepada 83 murid yang kurang berkemampuan di sekolah itu adalah bertujuan untuk memudahkan sesi PdPR.

“Berikutan peningkatan kes penularan COVID-19, PdPR telah dilaksanakan secara konsisten sejak sesi persekolah bermula pada tahun ini.

Sangga terus komited membantu murid di SJKT Bayan Lepas.

Sangga terus komited membantu murid di SJKT Bayan Lepas.

“Justeru, bagi memastikan murid di sekolah ini dapat mengikuti PdPR dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran, pihak sekolah telah mengambil insiatif untuk mengumpul dana dengan menjual beg kitar semula pada harga RM10 setiap satu,” katanya.

Beg kitar semula yang dihasilkan daripada kapas untuk dijual.

Beg kitar semula yang dihasilkan daripada kapas untuk dijual.

Menurutnya lagi, hasil jualan beg kitar semula itu akan digunakan untuk membeli tablet kepada murid sekolah dan sebanyak 1,500 beg yang dihasilkan daripada kapas itu telah dicetak dan hampir habis dijual.

-ii-

Tinggalkan komen anda