Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Usahawan Emas Alaf Baharu

By 8 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sehingga 18 Februari depan membuatkan para peniaga mencari alternatif lain untuk melariskan produk jualan mereka.

Segelintir pengusaha kedai emas di Kuala Terengganu meneroka strategi baharu untuk berinteraksi dengan pengguna dan memudahkan proses urus niaga menggunakan platform media sosial.

Pekerja kedai emas yang terletak di Cabang Tiga, Nur Muhd Firdaus, 31, berkata situasi akibat pandemik COVID-19 sememangnya memberi cabaran buat seluruh rakyat dan tidak terkecuali buat peniaga.

Katanya, sepanjang tempoh PKP 2.0 beliau tidak lagi bergantung kepada jualan secara bersemuka dan lebih fokus menggunakan medium teknologi digital terkini seperti jualan secara langsung di aplikasi Facebook.

Pekerja kedai emas, Nur Muhd Firdaus, 31 bersiaran langsung di facebook bagi menjual emas secara dalam talian.

Pekerja kedai emas, Nur Muhd Firdaus, 31 bersiaran langsung di facebook bagi menjual emas secara dalam talian.

“Sepanjang bersiaran secara maya di Facebook, kedai kami mampu meraih seribu lebih tontonan pada satu-satu masa.

“Saya percaya kemahiran berniaga dan kemahiran digital mampu membawa apa jua jenis perniagaan dengan lebih jauh ditambah pula kuasa tular yang mencetuskan fenomena baharu kepada usahawan di luar sana,” katanya.

Manakala usahawan emas Mizan Mohamad, 36, berpendapat sepanjang tempoh PKP hasil jualan terdapat sedikit penurunan memandangkan rata-rata pelanggan yang hadir ke sini terdiri daripada pelancong luar negeri.

“Lantaran itu, saya mengambil inisiatif sampingan menjalankan kaedah jualan dalam talian dengan menawarkan barang-barang perhiasan bawah harga dua ribu ringgit,” katanya ketika ditemui semalam.

Usahawan Emas, Mizan Mohamad, 36 turut mengambil inisiatif sampingan menjalankan kaedah jualan atas talian dengan menawarkan barang-barang perhiasan.

Usahawan Emas, Mizan Mohamad, 36 turut mengambil inisiatif sampingan menjalankan kaedah jualan atas talian dengan menawarkan barang-barang perhiasan.

Tambah Mizan, peniagaan perhiasan emas secara dalam talian juga telah mendapat sambutan daripada masyarakat luar Terengganu.

“Ramai pelanggan yang saya ketemui sepanjang saya mengusahakan kedai emas ini, mereka mengatakan emas Terengganu mempunyai kelasnya yang tersendiri,” ujarnya.

Manakala bagi pelanggan Ramlah Mat Ali, 63, jualan secara dalam talian adalah kaedah yang amat tepat di saat negara masih bergelut mengurangkan penularan wabak ini.

“Saya menyambut baik keputusan pihak kerajaan membenarkan pengoperasian kedai emas dan pajak gadai sepanjang PKP kali ini.

Ramlah Mat Ali, jualan secara atas talian adalah kaedah yang amat tepat pada masa kini.

Ramlah Mat Ali, jualan secara atas talian adalah kaedah yang amat tepat pada masa kini.

“Selain dapat membantu orang ramai membuat gadaian atau menjual emas sedia ada untuk menampung perbelanjaan mereka pada waktu begini, pelanggan yang mempunyai duit lebih juga dapat membeli emas untuk kegunaan masa hadapan,” ujarnya mengakhiri perbualan.

-ii-

Tinggalkan komen anda